Salam perkenalan kepada anda kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blogs ini. Ini pengalaman pertama saya menulis blogs sendiri. Selama ini banyak membaca yang orang punya. Tapi bila dah ada yang sendiri satu perkembangan baru dalam hidup saya. Cuma yang menjadi masalah apabila tidak ada masa untuk menulis blogs ini. Sekarang pun dah terkejar-kejar nak menyiapkan asignment, kertas kerja dan sebagainya. Ingatkan selepas meletak jawatan sebagai MPP September yang lepas sudah tiada apa yang perlu diuruskan lagi tapi silap jangkaanku ini.
Sebut pasal MPP mengingatkan kembali kenangan-kenangan yang pernah dicipta oleh kami. Ada suka, ada ketawa, ada duka dan ada juga air mata. MPP lah yang banyak membantu diri ini agar lebih berani menuju ke hadapan. 
Kalau tidak kerana ini mungkin sampai sekarang saya masih lagi takut untuk menghadapai kehidupan di masa depan. Merekalah yang banyak membantuku untuk melakukan sesuatu perkara atau program agar ianya berjaya dilaksanakan. Yang paling penting sekali adalah kami menganggap hubungan yang terjalin ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Jika dah bercerita pasal kawan, susah kita nak mencari kawan-kawan yang sudi berkongsi segala-galanya dengan kita. Alhamdullah kerana masih lagi ada insan yang sudi berkongsi susah senang bersama diriku. Banyak mengikuti program yang dianjurkan oleh HEP membuatkan aku lebih mengenali ramai kawan. Bukan hanya dari fakultiku tapi ada juga dari fakulti yang lain. Kadang-kadang kawan yang rapat dengan kita dari kecilpun tidak dapat memahami diri kita sendiri. Pensyarah juga banyak membantu aku untuk memajukan diriku. jangan biarkan ianya berada di takuk yang lama.
Ini mengingatkan aku kepada seorang pensyarah yang pernah mengajar aku dulu semasa masih lagi menuntut di KIPSAS. Kepada dialah aku meluahkan rasa yang ku pendamkan selama ini. Dari seorang pensyarah yang bersyarah di hadapan pelajarnya dia juga seorang kawan yang banyak memberi nasihat yang membina untuk pelajar-pelajarnya. Dialah insan yang banyak mendengar luahan hatiku. Pernah dulu aku patah semangat untuk meneruskan pelajaran di IPTA, dialah insan yang memberi kata-kata perangsang untuk aku meneruskan pelajaran ini. Kerana dia aku masih lagi gagah sehingga kini. Terima kasih yang tak terhingga kepada Ustazah Azlina Abdullah Hasim.
Dalam dunia ini macam-macam boleh terjadi. Ada juga kisah kawan makan kawan sendiri. Tentu sedih untuk menghadapinya. Cukuplah sekali diriku terkena. Bukan seorang yang nak mengenakan diriku tapi ramai. Aku sendiri tidak tahu apakah salahku pada mereka. Sampai sekarang aku masih tak dapat melupakan apa yang telah mereka lakukan kepada diriku. Jika aku sentiasa memikirkan perkara ini, mungkin aku takkan kuat untuk menempuhinya. Biarlah ianya menjadi kenangan dan sejarah yang paling pahit lagi hangit dalam hidupku.
Dah cukup panjang aku merapu disini. Semoga berjumpa lagi di lain kali. Cau cin cau………………….