Doraemon, power rangers, twety, Tom&Jerry, Jimmy neutran, anak-anak Sidek merupakan antara kartun yang menarik minat kanak-kanak masa kini. Jika kita perhatikan sekarang, kanak-kanak banyak menghabiskan masa mereka dengan menonton rancangan kartun berbanding rancangan yang lain.
Dalam kartun juga terdapat unsur-unsur yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran untuk kanak-kanak. Walaubagaimanapun terdapat juga kartun yamg boleh mempengaruhi minda kanak-kanak untuk mengikut dan dijadikan panduan dalam melakukan sesuatu perkara. Kartun juga turut menceritakan tentang sesuatu perkara yang lucu, lawak dan jenaka yang dapat menghiburkan hati kanak-kanak. Kartun juga merupakan media yang mudah mendapat rangsangan kerana berjaya mencuit hati penonton berada di luar logik akal sendiri.
Semakin hari semakin banyak rancangan kartun yang disiarkan di kaca televisyen. Terdapat juga rancangan kartun yang diterbitkan menggunakan cekera padat untuk dijual di pasaraya agar ianya dapat menarik minat kanak-kanak untuk menonton rancangan kartun kegemaran mereka pada bila-bila masa. Pertalian antara kanak-kanak dan kartun animasi adalah cukup mudah. Bagi kanak-kanak, apa yang mereka tonton dalam kartun itu adalah tidak mustahil berlaku. Ini kerana tiada istilah logik kamus dunia kanak-kanak tiada masalah masalah sesuatu perkara akan terjadi pada mereka. Sebagai contoh, watak kartun “batman” boleh melakukan segala jenis kerja untuk menyelamatkan bandar yang berhampiran dengannya.
Begitu juga dengan watak kartun “tom&jerry” di mana seekor kucing yang di namakan Tom sanggup melakukan apa sahaja yang tidak boleh diterima akal man usia untuk memastikan Jerry seekor tikus di tangkapdan di jadikan santapannya. Segala yang berlaku ini boleh melakonkan apa jua watak atau keadaan tanpa batasan logik. Pernah satu ketika dahulu negara kita digemparkan dengan kematian seorang kanak-kanak yang berusia lingkungan 6 tahun yang meniru aksi kartun kegemarannya iaitu superman terbang.
Dia membayangkan bahawa dirinya boleh terbang ke langit biru sama seperti superman setelah melihat aksi yang super hero kegemarannya lakukan di kaca televisyen dan terjun ke tingkat bawah dengan memakai kostium superman. Kartun ini terlalu kuat pengaruhnya sehingga tergadai satu nyawa setelah apa yang berlaku amat menyedihkan.
Walaubagaimanapun terdapat juga kartun yang boleh memberi iktibar dan pengajaran dalam hidup kanak-kanak. Antara kartun yang patut di contohi oleh kanak-kanak adalah Upin dan Ipin dimana ia nya berkisarkan tentang cara seorang hamba Allah swt di muka bumi ini mendalami ilmu agama sejak dari kecil lagi. Cerita ini menerangkan tentang sepasang kembar yang baru mula belajar berpuasa daripada nenek dan kakak mereka setelah kematian ayah dan ibu mereka. Cerita ini boleh di jadikan panduan untuk kanak-kanak yang baru belajar berpuasa dan melakukan amal ibadat di bulan Ramadhan.
Bagi kanak-kanak, kartun merupakan satu bahan yang menarik minat mereka menontonnya seperti yang dinyatakan oleh Ahmad Hafizudin, 7 tahun menerangkan bahawa kartun satu perkara yang menghiburkan dengan aksi-aksi yang mencabar minda mereka. Sebagaimana kartun dalam siri Dragon Booster di siaran Astro Ceria menguji ketangkasan penunggang naga dlam setiap perlawanan yang di hadapi oleh mereka di samping mengecam keganasan yang dilakukan oleh pihak lawan.
“Hafiz suka tengok cerita Dragon Booster kerana mendebarkan dengan aksi-aksi yang mencabar di samping jalan cerita yang boleh menarik minat untuk terus mengikuti di episod yang akan datang”.
Jika di luar negara, pengaruh kartun terlalu kuat untuk kanak-kanak sehinggakan ada di antara mereka yang hanya akan membeli dan makan bijirin yang mengandungi gambar kartun mereka minati berbandung di negara kita. Mereka di sana bukan sahaja menonton rancangan kartun tersebut tetapi turut membeli apa sahaja barang yang mengandungi gambar kartun yang mereka minat.
Ada juga sebahagian kanak-kanak yang meminati kartun hanya kerana paras wajahnya yang comel dan telatah yang menarik. Seperti yang dinyatakan oleh Siti Nadhirah, 6 tahun yang meminati kartun doraemon bahawa wajah dan bentuk badan doraemon yang bulat dan menawan menyebabkan dirinya suka menonton kartun tersebut. Ia juga banyak menolong kawan-kawan yang sentiasa di dalam kesusahan dengan mengeluarkan barang-barang di dalam poket ajaibnya.
”Nadhirah suka sangat doraemon sebab dia cute. Suka tolong kawan-kawan. Nanti Nadhirah nak tolong juga kawan-kawan yang dalam kesusahan” jelasnya.
Ahmad Harithudin, 8 tahun juga menyatakan kartun hanya untuk menghiburkan hatinya sahaja setelah seharian penat belajar di sekolah. Dengan adanya Astro Ceria di kaca televisyen, dapat menghilangkan penat dalam menuntut ilmu. Ini kerana terdapat juga rancangan yang mendidik di siaran tersebut seperti kampung Boy di mana ia nya menerapkan tentang cara menghormati kedua ibupaba dan orang yang lebih tua. Ia juga di selitkan dengan aksi-aksi yang lucu oleh Mat dan kawan-kawannya.
” Kampung Boy menarik, lucu dan ada unsur-unsur lawak di dalamnya. Ia juga boleh di jadikan panduan untuk kehidupan mendatang”.
Seperti yang telah kita sedia maklum tentang wujudnya rancangan khas untuk kartun di siaran Astro juga menjadikan kanak-kanak semakin ralik dan asyik untuk menonton kartun yang dipersembahkan kepada mereka tanpa melakukan sebarang kerja yang lain. Sepertimana yang di terangkan oleh Norarifah, 50 tahun, tentang anaknya yang berusia 6 tahun bahawa setelah anaknya menonton kartun maka satu kerja tidaka akan di lakukan termasuklah kerja sekolah yang di beri oleh guru taskanya. Dia juga turut menyatakan adanya aksi-aksi yang lasak dalam kartun tersebut mengakibatkan tingkahlakunya bertambah buas terhadap orang sekelilingnya.
“Sepatutnya kartun seperti superman, ultraman dan sebagainya tidak patut disiarkan kerana ia nya akan mempengaruhi pemikiran kanak-kanak yang baru berkembang dan mengenal dunia luar. Tindak tanduk kartun tersebut boleh mengakibatkan seseorang boleh bertukar watak dalam hidupnya”.
Menurut kata Raman 51 tahun dia tidak menggalakkan anaknya menonton kartun. Ini kerana kanak-kanak terlalu mudah mengikut dan akan melakukan apa sahaja perkara yang mereka lihat dan dengar serta meniru aksi dan gelagat sama seperti yang mereka saksikan. Walaupun kartun ada unsur yang lucu tetapi ada juga yang terlalu melampau untuk diterbitkan seperti contoh ini di mana orang kafir melakar gambar nabi Muhammad untuk tatapan semua orang di dunia ini. Jika ibubapa tidak pantau segalanya, maka makin bertambahlah masalah sosial yang berlaku pada masa kini.
“walaupun kartun yang banyak di tonton oleh kanak-kanak hanya di televisyen tapi sebagai bapa kepada anak-anak yang masih kecil segala aspek kartun perlu kita teliti agar tidak terjadi perkara yang mengeji Nabi tidak berlaku lagi kerana ini boleh menyesatkan pemikiran kanak-kanak yang baru mengenal dunia kehidupan sekarang”.
Menurut Jamaah, 35 tahun ibu kepada tiga orang anak berkata dia terpaksa memberi anak keduanya menonton kartun kerana sekiranya ia tidak bagi anaknya tengok kartun maka anaknya akan memberontak dan akan menconteng buku kakaknya untuk memuaskan hatinya. Ada masanya juga dia terpaksa menutup televisyen untuk mengelakkan anaknya menonton kartun secara berterusan tanpa henti. Ada masanya dia terpaksa menipu anaknya untuk mengelakkan perkara ini terjadi. Jenis kartun yang di tonton anaknya ialah ’sesame street’ di mana ia nya banyak memberi maklumat dan output baru untuk kanak-kanak yang kian membesar.
“saya terpaksa menipu anak saya dengan menyatakan rancangan kartun akan bersambung hari esoknya. Dengan cara ini sahaja kami sekeluarga dapat menonton berita dan sebagainya di televisyen”.
Walaupun kartun ada mesej yang tersendiri ingin di sampaikan tetapi kita sebagai orang islam perlu menilai yang mana baik dan buruk untuk kanak-kanak masa kini. Ini kerana wujud juga kartun yang boleh melalaikan pemikiran kanak-kanak sehingga kurang aktiviti luaran di lakukan. Di samping itu juga, ia perlu di elakkan agar perkara yang pernah terjadi di nedara kita tidak berulang lagi di masa depan.
salam…boleh tanya tak..kaitkan crita kartun ni dengan akidah kanak-kanak???kartun sperti superman ke, ultraman ke n pe2 jela yang bolehmerosakkan akidah seseorang budak yang melihatnya
salam…per yg dimksdkan 2 citer mcm superman n sewktu dgnnya cz knk2 mudah dpengaruhi pemikiran mrka. cite yg lsk m’buatkan mreka meniru aksi tersebut..
mmg lumrah kanak2 sukakn kartun cz kartun merupakan suatu hiburan yg menyeronokkan bg mereka…
zaman kanak2 sume nyer akn mula berimaginasi..
so x heran la if ade kanak2 yg b’aksi sprti super hero mereka….
tapi..tanpa kita sedari kartun ni banyak datangnya dari negara barat terutama yahudi…kartun2 mereka ni banayk yang tersirat..seerti pokemon, teletubbies, tamaguci…carilah tentang kartun ni..ianya boelh jathkan akidah kita
certain kartun mmg ade beri maksud yg xelok sperti pokemun,teletubies…yg dikatakan membawa maksud yg menghina islam dlm bahasa yahudi..
tetapi,adakah salah knk2 yg menonton kartun neh..hanya sekadar menonton??mereka bukan paham pown atau menghayati maksud disebalik pokemen,teletubies….
dah jd lumrah knk2 suke kartun,dan mereka bukan lah menonton kartun itu sehingga membuat jiwa mereka terpesong dari akidah..