Liana Afira Malek, Aisya Sofia, Aina Emir, Fauziah Ashari dan ramai lagi adalah penulis novel yang tersohor di Negara kita. Pelbagai jenis novel yang kita boleh dapati di pasaran masa kini. Antaranya novel keagamaan, kekeluargaan, percintaan dan sebagainya. Jika ditanya tentang novel dikalangan remaja pasti semua dapat menceritakan apa novel yang pernah dibaca sepanjang hidup ini. Antara tajuk novel yang masyur adalah Kau Sayangku, Diari Seorang Wanita, Aku Untukmu dan bermacam lagi. Kebanyakan novel yang diterbitkan dapat menarik minat remaja yag suka menghabiskan masa mereka dengan membaca novel.
Kita lihat sekarang, pelbagai novel berada di pasaran yang baru diterbitkan dan diterbitkan semula atas tuntutan orang ramai terutamanya dikalangan remaja perempuan yang begitu meminati novel. Kebanyakan mereka yang membaca novel adalah bertujuan untuk menghilangkan bosan dan mengisi masa lapang daripada terbuang begitu saja tanpa aktiviti yang berfaedah dan memberi manfaat dalam kehidupan mereka. Jika kita perhatikan remaja perempuan lebih ramai membaca novel berbanding dengan remaja lelaki yang lebih gemar menghabiskan masa mereka dengan membaca surat khabar , novel yang berkisarkan tentang penyiasatan dan majalah yang berbentuk komik serta isu-isu semasa masa kini. Bagi remaja perempuan, novel di ibaratkan sebagai satu sumber inspirasi dalam menghasilkan sesuatu kerja yang berbentuk tulisan atau karangan sepertimana pendapat yang telah diberikan oleh Norashikin bt Ahiatuddin 23 dari Fakulti Pengajian Islam Kursus Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia bahawa novel adalah satu bahan yang dapat memberi dia ilham dalam menghasilkan sesebuah karya disamping dapat mempelajari cara yang betul dalam penulisan. Walaupun berlainan kursus tapi minat untuk menulis dan mereka cerita tetap wujud dalam dirinya. Tegas Syikin lagi yang begitu meminati novel bertemakan kekeluargaan dan percintaan yang akan dibaca untuk mengisi masa lapang dan menghilangkan rasa bosan pada diri untuk melakukan kerja lain. Tambah Syikin, jika novel yang boleh menarik minatnya untuk terus membaca dapat dihabiskan dalam masa 1 hari sahaja. Dia mula membaca novel sejak berumur 13 tahun telah membaca sebanyak 70 buah novel sehinggalah sekarang. Kadang-kadang novel yang dibaca ini mengisahkan tentang kehidupan diri sendiri sepertimana novel Zuriat yang di tulis oleh Meor Hashim Meor Manap pengarah yang terkenal dimana novel ini menceritakan tantang keadaan anak beliau yang sakit dan sukar untuk diubati dimana-mana hospital. Kisah ini ditulis atas pengalaman diri sendiri untuk tatapan masyarakat sekeliling tentang kehidupan artis yang bukan kesemuanya senang dan kaya dalam kehidupan seharian mereka. Ada masanya novel juga dijadikan sebagai panduan untuk menjalani kehidupan sebagai seorang pekerja kerana banyak novel yang diterbitkan banyak mengisahkan dunia pekerjaan yang di alami disamping wujudnya perasaan kasih sayang dalam kekeluargaan dan juga banyak mengisarkan tentang kemasyarakatan masa kini. Ini bukanlah bermakna bahawa novel sebagai rujukan utama tetapi sebagai panduan untuk menempuhi kehidupan yang akan datang. Disebabkan saiz novel yang kecil, kita dapat lihat dimana-mana sahaja akan terdapat remaja yang membaca novel. Sebagai contohnya di perhentian bas. Kita akan dapat perhatikan bahawa ramai yang membaca novel yang mereka bawa sementara menunggu ketibaan bas yang mereka nanti untuk ke destinasi yang ingin ditujuai. Ibarat kata dari Nurul Diyana Zamary, Fakulti Bahasa Arab dan Kesusasteraan Arab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang akan baca novel untuk menghilangkan rasa gemuruh dan cemas menantikan bas yang lambat tiba sebelum menaikinya ke destinasi yang ingin ditujui. Diyana juga berkata, hanya masa itu saja dapat dia menghabiskan membaca novel setelah dia menghabiskan masa dengan membaca buku pelajaran sepanjang semesta berada di UIAM. Diyana juga turut mengakui disebabkan saiz yang kecil membolehkan novel senang di bawa kemana-mana destinasi dan tempat. Antara sebab novel begitu popular di kalangan remaja adalah strategi pemasaran syarikat penerbitan yang ingin jualan novel syarikat mereka meningkat dan melariskan novel-novel yang mereka keluarkan untuk tatapan masyarakat umum. Pelbagai strategi yang dilancarkan oleh syarikat penerbitan novel antaranya memasarkan serta menyiarkan novel terbitan mereka di dalam majalah-majalah terbitan syarikat Karangkraf Sdn. Bhd. Terdapat juga syarikat penerbitan yang menyiarkan sebahagian novel mereka di dalam majalah untuk menarik minat pembaca yang membeli dan membaca majalah tersebut. Disamping itu juga, kedai-kedai buku turut jua menjual novel-novel tersebut mengikut harga yang telah ditetapkan oleh syarikat penerbitan tersebut. Ada juga novel yang telah dijadikan cerita untuk disiarkan kepada masyarakat umum antaranya ialah Gerimis Yang Lalu yang telah disiarkan di siaran Astro Ria. Syarikat percetakan juga telah merancang dan mensasarkan bahawa setiap bulan mestilah wujud dan adanya novel yang baru diterbitkan agar pelanggan atau pembaca novel sentiasa membeli dan yakin dengan kebolehan yang ada pada penulis mereka. Jika ditanya pendapat remaja dari golongan lelaki tentang novel mereka hanya boleh menggelengkn kepala sahaja menunjukkan bahawa novel tidaklah begitu berharga dalam kehidupan mereka. Sepertimana yang telah dinyatakan oleh Lukman Nulhakim bin Sahak dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia bahawa dia tidaklah meminati novel kerana tidak bersesuaian dengan jiwanya yang sentiasa menghabiskan masa dengan membaca suratkhabar dan memcari informasi terkini di internet. Walaupun tidak mengetahui isi-isi yang terkandung di dalam novel tetapi tepat tahu tentang kewujudan novel kerana ada juga ahli keluarganya yang meminati novel yang diterbitkan oleh Syarikat Alaf 21. Mohd Iman Firdaus Mukhatar Fakulti Ekonomi dan Muamalat dari Universiti Sains Islam Malaysia juga turut menambah bahawa novel ini terlalu tebal untuk di baca oleh seorang lelaki dn terlalu panjang untuk dihayati ayatnya satu persatu. Kebanyakan novel yang Iman temui di pasaran berkisarkan tentang cinta yang kurang diminatinya. Tegas Iman yang begitu suka membaca komik seperti Ujang, Gila-gila dan sebagainya untuk melepaskan tensen dan dikala bosan kerana wujud humor di dalamnya dan boleh menambah koleksi lawak dalam kehidupannya. Novel terlalu banyak menceritakan tentang kehidupan seharian yang menyentuh perasaan. Tidak hairanlah jika remaja perempuan boleh menangis jika membaca novel yang menyentuh hati dan perasaan mereka. Berbanding dengan remaja lelaki yang berjiwa tegas dan keras, susah untuk menyelami hati dan perasaan. Jika mereka merasai atau tersentuh dengan sesuatu perkara mereka tidak akan menunujukkan diri mereka dalam keadaan yang lemah seperti menangis, meratapi, menghayati sesuatu kisah dan sebagainya. Disebabkan hati dan perasaan perempuan yang mudah tersentuh dan sensitif menyakibatkan novel adalah satu medan untuk mengeluarkannya. Peranan penulis novel juga dapat mempengaruhi novel yang ditulisnya. Jika ayat yang digunakan mudah difahami dan mempunyai ruang untuk meletakkan istilah-istilah yang baru dalam penulisan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan terhadap bidang tersebut dan sebagainya. Sebagai contoh dalam novel Zuriat yang ditulis oleh Meor Hashim Meor Manap yang menceritakan tentang anaknya yang sakit, tidak semua orang tahu apa jenis penyakit tersebut tetapi apabila meletakkan makna atau tafsir bagi istilah sains dapatlah ilmu itu berkembang walaupun tidak mempelajari ilmu sains. Masna binti Hamidun dari Universiti Sains Islam Malaysia Fakulti Kepimpinana dan Pengurusan mengaskan bahawa penulislah yang melakukan dan melariskan novel yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan. Tambah Masna lagi, yang begitu menyukai tulisan penulis Norhayati Ibrahim jika gaya penulisan sesebuah novel itu menarik dan mudah difahami maka lagi ramailah yang akan membaca novel tersebut. Apatah lagi jika ditambah dengan muka depan yang menarik dan cantik dengan grafik yang tersusun dan sebagainya. Novel yang betul-betul menyentuh perasaan Masna adalah Bicara Hati dimana cara kehidupan watak utama dalam novel tersebut seorang yang tabah dalam menghadapi kehidupannya walaupun banyak dugaan yang datang melanda. Daripada novel tersebut dapat mengajar Masna menjadi seorang tabah dalam kehidupan harian yang terlalu sibuk dengan tugas sebagai Majlis Perwakilan Pelajar dan dalam masa yang sama digelar seorang pelajar. Jika kita perhatikan sekarang, bukan golongan remaja sahaja yang membaca novel tetapi terdapat juga ibu-ibu yang keseorangan di rumah apabila seisi rumah keluar bekerja dan belajar di siang hari yang turit sama membaca novel bagi mengisi kekosongan yang mereka rasai apabila tinggal seorang di rumah. Tidak salah untuk mereka membaca asalkan dapat membahagikan masa dengan sebaiknya.Walaupun novel kisahnya panjang dan tebal, itu tidak menjadi masalah bagi mereka yang terlalu meminati novel kerana minat membaca lebih berharga dari kedua-duanya. Dengan adanya novel ini dapatlah meningkatkan lagi kuantiti pembaca yang tidaklah begitu tinggi di Malaysia disamping dapat mengurang pelbagai isu-isu yang tidak diingini berlaku. Kajian juga menunjukkan bahawa mereka yang membaca novel ini adalah untuk mengisi masa lapang yang terbuang daripada melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan manfaat pada diri mereka. Novel ini hanyalah sebagai salah satu bahan bacaan yang dapat menarik minat remaja untuk membacanya sehingga ke tulisan yang terakhir.
Jgn terlalu obses dgn novel yang tidak mendatangkan manfaat…
tp kdg2 nvel der gak kbenarannya…
assalamualaikum…novel seebenarnya bkan salah satu bahanbacaan yang bagus..sbab novel akan melalaikan kita dan menyebabkan kita sering berkhayal tanpa disedari..harap2 kurangkanlah ye baca novel tuu..
salam…klo skdar m’bc xjd mslh…setiap org der p’dpt yg b’beza…kdg2 per yg kter bc der kaitan n dirir kita sendiri….