Menguap…..semua orang menguap termasuk juga saya…
tetapi kadang kala kita terlupa ataupun juga kita tidak tahu ataupun kita
tidak mahu ambil tahu apakah keburukan menguap.
Adapun kalau mengikut hukum, semasa menguap hendaklah kita menutup mulut
… ini rasanya kebanyakan orang tahu Alhamdullilah…. kan manis gitu..
Tapi seperkara yang orang jarang berikan perhatian ialah bunyi yang keluar
dihujung proses tersebut bunyinya pelbagai…huargh…..huh….haaah
dan pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatan menguap ini.
Mengikut penjelasan seorang ustaz yang saya temui baru2 ini setelah saya
ditegur menguap sambil mengeluarkan bunyi yg agak kuat juga
Syaitan sangat menyukai bunyi menguap bahkan bunyi itu merupakan satu
hiburan bagi syaitan..? astaghfirullahal’azim..! begitu rupanya…lalainya saya.
Jadi pesan ustaz tersebut..bukan tidak boleh menguap tetapi janganlah
mengeluarkan bunyi-bunyian tetapi ucapkanlah istighfar selepas menguap
supaya kita tidak menjadi kawan syaitan menghiburkan syaitan-sukakah kita
bila syaitan seronok? sudahlah seharian hidup kita ini penuh dengan dosa
dan maksiat yang kadang2 tidak kita sedar, setidak2nya usaha kita yang
sedikit ini dapat memperteguhkan dan memulihkan keimanan kepada ALLAH
S.W.T dan menjauhkan fitnah syaitan… insya Allah..
Segala yang baik itu dari ALLAH jua dan yang tak elok itu dari saya.