7 Feb, Kuantan – Atas rasa tanggungjawap dan prihatin terhadap rakyat Palestin, Sektor Pendidikan Islam telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kutipan derma dan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.
Program ini diadakan bersempena dengan sambutan Bulan Dakwah bagi warga Jabatan Pelajaran Pahang (JPNP) yang bermula pada 16 sehingga 31 Januari 2009. Tabung kutipan ini diletakkan di beberapa tempat antaranya surau JPNP, kaunter masuk JPNP dan kantin JPNP.
Sebanyak RM2,025 kutipan derma yang diperolehi dari warga JPNP. Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang, Datuk Hj Abdul Aziz bin Abdul Latiff kepada wakil Mercy Malaysia cawangan Pahang, Khairul Anuar Abu Bakar selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Kualiti Jabatan Pelajaran Pahang.
Jumlah kutipan derma itu hasil daripada sumbangan ikhlas yang dikumpul daripada warga JPNP.