Tangga Nilam Rosak Teruk
Oleh : Norwahidah Raman
NILAI - Kebanyakan tangga di Kolej Kediaman Nilam Court banyak mengalami kerosakan yang teruk terutama di blok A sejak awal semester yang lalu.
“Tangga ini rosak teruk berpunca daripada hentakan kaki yang kuat daripada pelajar dan mungkin juga bahan-bahan yang digunakan tidak berkualiti.” Begitulah yang diterangkan oleh Nor Iszana Rosran, 23, berkaitan dengan masalah tersebut.
Dia menyatakan bahawa tangga tersebut telah rosak sejak mula memasuki kolej kediaman tersebut semenjak Tahun Satu lagi. Akibat daripada kerosakan tersebut ada segelintir pelajar yang hampir terjatuh untuk menghadiri kelas yang terletak hampir 15 km dari Kolej mereka. Dia juga menerangkan tentang keadaan tangga tersebut yang terhakis sedikit demi sedikit mengakibatkan ia terjadi sedemikian. Walaupun hampir tiga tahun duduk di bangunan tersebut tetapi masih lagi tiada perubahan.
Wan Roshidayu Wan Abd Wahab, 21, berkata tangga tersebut ada yang rosak bukan satu blok tetapi terdapat juga di blok yang lain. Keadaan tangga yang agak teruk juga menyebabkan dirinya hampir tersungkur jikalau tergesa-gesa ke kelas.
“Saya dapati bukan blok A sahaja yang ada masalah ini tetapi saya juga dapat melihat di blok yang lain apabila ingin menuju ke rumah kawan saya. Saya dan kawan-kawan hampir terjatuh tapi sempat memegang penghadang untuk mengelakkan jatuh,” ujarnya.
Bila ditanya tentang adakah perkara ini telah di bawa kepada pihak berwajib, ada yang menyatakan mereka tidak pasti. Ini kerana mereka yang mendiami bangunan tersebut tidak berpeluang untuk ke pejabat asrama untuk menghadiri yang akan berakhir pada waktu malam.
“Saya tidak pasti ada atau tidak orang yang melaporkan perkara tersebut kepada pihak asrama ataupun Ahli Jawatankuasa Asrama. Jika ada yang telah melaporkan perkara ini, saya berharap agar cepat dibaiki supaya tiada lagi kemalangan yang menimpa para pelajar,” kata Suhaila Bakar, 20.
Poster fever begin
By NORWAHIDAH RAMAN
NILAI- Election fever is getting hotter since the goverment’s and oppenent’s started to be seen on the wall every where, including Nilai area that involved DAP and BN. The citizen can start voting for their party on Saturday, 8 March 2008.
That same thing will be done by Siti Murtdiyah Salleh, 22, that are looking forward to go back to Kedah for the same porpose.
“I will go back to my village in this Friday to vote my favourate party but in this area I think everthough there are poster on the wall.
“I don’t feel that, the air because don’t know the nominees. Moreover, this is not my area,” she said.
According to Arina Abd Raub, 20, she is still under age to vote. However, when being asked abuot the election,
“I am still young, it is not the right time for me to vote. But i still can feel the air,” she said.
She added that Nilai area is lacking of poster, only certain area have poster and that is belong to BN’s.
Suhaila Bakar, 20, her friend added that Nilai area is not ‘hot’ for the 2008 election. In her opinion, the existence of the poster is just to promote that particular party. This is regarding to the poster itself,whereby it does not show the picture of the nominess but only the logo af the party.
“No offence that there are lots of poster on the wall, but it is just a logo. How about the nominess that is new to this field?” she said.
She only hape that after the election, there are no poster that flues everywhere.
Kemelut ATM masih tiada perubahan
Oleh : Norwahidah Raman
NILAI- Kemelut mesin ATM yang terletak di Pusat Kemudahan Pelajar masih menimbulkan persoalan setelah masalah ini dilaporkan pada USIMToday edisi pertama yang lalu.
Nurhazreen Mohd Nor, Kaunselor Kanan USIM, Unit Kaunseling dan Penajaan Pelajar HEP, menjelaskan bahawa pihaknya hanya menguruskan urusan penajaan pelajar dan sekiranya mereka mempunyai sebarang masalah memerlukan kertas cadangan dari pelajar.
Beliau juga menerangkan tentang kewujudan meja yang berhampiran dengan mesin ATM tersebut kepunyaan pegawai Bank Islam. Mereka menyatakan pihak Bank Islam akan menghantar pegawai mereka bertugas mengikut jadual ditetapkan pihak bank.
“Unit Kaunseling hanya menguruskan pinjaman dan penajaan pelajar sahaja. Jadi pihak HEP tidak mengetahui bila ianya akan ditambah untuk kemudahan pelajar” jelasnya.
Sementara itu, Biro Kebajikan Majlis Perwakilan Pelajar, Mohd Shahzan berkata, perkara ini sudah dibincangkan dengan pihak pengurusan pada mesyuarat lalu tapi masih tiada perubahan.
“Sebenarnya perkara ini sudah dikemukan pada pihak atasan semasa MPP yang lepas dan saya sudah bermesyuarat bersama pihak pengurusan (HEP, Kolej kediaman, Keselamatan, wakil-wakil fakulti, Akademik dan lain-lain) mengenai perkara ini melalui proses perbincangan dengan pihak yang berkaitan.
“Kami turut membincangkan kemudahan-kemudahan yang diperlukan pelajar seperti water cooler, surau dan lain-lain mengikut bilangan pelajar semakin bertambah” katanya.
Majlis Penutup Kempen Kesedaran Kanser MAKNA
Oleh : Norwahidah Raman
NILAI - Sempena Majlis Penutup Kempen Kesedaran Kanser MAKNA Jelajah IPTA seluruh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia akan berkumpul di Universiti Sains Islam Malaysia pada 9 April ini
Penolong Pendaftar HEP, Al-Uyuna Mohd Amin berkata, majlis ini akan dihadiri oleh Presiden MAKNA, Naib Canselor USIM serta wakil seluruh IPTA.
“Majlis ini akan dihadiri oleh Prof Dato’ Dr Abdul Shukor, Naib Canselor USIM, Dato’ Mohd Farid Arifin, Persiden MAKNA, serta wakil seluruh IPTA di Malaysia yang terlibat,” katanya merupakan Penyelaras untuk program ini.
Tambahnya lagi, majlis ini merupakan kesinambungan Projek Sens Save Lives yang telah diadakan pada tahun lepas disamping memupuk kesedaran mengenai bahaya kanser.
Sempena majlis ini, pihak USIM dan MAKNA akan mengadakan aktiviti seperti pameran, konvoi motorsikal serta sumbangan yang boleh disalurkan ke dalam tabung yang akan disediakan di setiap fakulti.
Universiti Sains Islam Malaysia dengan kerjasama Majlis Kanser Nasional akan mengadakan Majlis Penutup Kempen Kesedaran Kanser MAKNA Jelajah IPTA pada 9 April ini.