Pada 22 Feb yang lalu saya dan rakan-rakan mengikuti program motivasi untuk pelajar sekolah rendah di Hulu Langat. Ibarat macam fasilitatorlah wapun ia sebaliknya. Kami bertolak petang Jumaat. Namapun dah ikut proramkan jadinya kenalah bermalam di sana. Nak dibandingkan dengan fasilitator yang lain, kamilah orang paling awal sampai ke destinasi yang ditujui. Penyelaras program tersebut minta kami rehat dulu sementara menunggu ketibaan rakan-rakan dari universiti yang lain. Kami punyalah tunggu sampai tertidur. Masing-masing tahan lapar. Janji nak jumpa lepas isyak tapi kesudahannya kami jumpa pukul 11 untuk taklimat program. Sabar jelah. ‘Orang paling jauh sampai lewat’. Faham-fahamlah ya. Dalam taklimat tersebut kami perlu memperkenalkan diri masing-masing sebelum bermulanya kerja. Sebelum habis sesi taklimat penyelaras program ada bertanya kepada sesiapa yang tidak faham, lagi tentang program tersebut. Nak jadikan malam itu lebih menarik adalah seorang fasilitator dari KUIS bertanya kepada penyelaras program tentang tentatif yang diberi. Dia tak faham tentang program senandung malam yang dianjurkan. Dia tak tahu bahawa program itu adalah tidur yang melenakan. Mereka sama-sama pakat nak kenakan dia sebab dia ni terlalu lurus. Kami tak tahan nak gelak jadi kami beritahulah hal yang sebenar. Merah padam mukanya tahan malu dengan kami. Esoknya kami mula bertugas sebagai fasilitator untuk pelajar sekolah rendah. Tak perlulah tahu sekolah apa. Biar saya sahaja yang namakan sekolah tersebut dengan nama ‘sek x’. Mereka tiba lewat. Dalam pukul 9.30 pagi. Biasalah mungkin jalan sesak kan KL ni. Lagipun hari cuti lagilah sesakkan. Kami sambut pelajar sek x dengan gembira walaupun pada hakikatnya agak gementar untuk mengendalikan mereka. Sesi pertama dimulakan dengan ice breaking atau sesi suai kenal. Dalam sesi tersebut saja sudah bercelaru dengan pelajar sek x kerana mereka ingin sama kumpulan dengan rakan-rakan mereka. Kami terpaksa buat cara lain untuk memisahkan mereka. Mujur ada yang pandai mengendalikan mereka. Kalau tak memang hancurlah kami. Dahla kami hanya lapan orang nak kena jaga 80 orang. Sabar jelahkan. Namapun budak sekolah memang tak pandai duduk diamlah. Cakap kita pun tak dengar apatah lagi kalau cikgu mereka yang beri arahan. Untuk sesi yang seterusnya adalah Jungle Tracking. Kami bawa mereka masuk hutan walaupun kami tak pernah masuk kawasan hutan tersebut. Dah namapun tugas jadi kami lakukanlah yang terbaik. Sebelum berlepas ke dalam hutan, cikgu mereka ada memberitahu sesiapa yang nak tinggal barang boleh bagi dekat dia. So macam-macmlah yang keluar. Yang menarik perhatian kami adalah masing-masing dah ada handphone sendiri lagi canggih daripada kami. Cikgu merekapun terkejut. Tapi mereka tak hairan sebab budak-budak yang datang ni semuanya kaya harta. Dalam pertengahan jalan di dalam hutan tersebut sudah ada yang menjerit. Ingatkan apa rupanya pacat baru naik kat kasut diorang. Sabar jelah. Nak tak nak aku tolonglah mana yang patut. Sampaikan aku tidak sedar yang aku juga kena gigit pacat. Bukan satu tapi dua. Itupun selepas aku buka stokin tengok sudah ada darah dekat stokin tersebut. Inilah kali pertama aku digigit pacat walaupun sudah banyak kali masuk hutan. Selepas penat merentas hutan itu kami berhenti seketika di sebuah sungai. Renjer yang mengawal pergerakan kami membenarkan kami bermain air. Nak di jadikan cerita ada seorang budak melompat dan kakinya tersangkut. Aku tka berani tengok. Yang aku tahu budak itu sudah tercedera. Cikgu mereka membawa budak tersebut ke hospital. Kami dimaklumkan bahawa budak tersebut di tahan di salah sebuah hospital di kawasan tersebut dan akan menjalani pembedahan. Moga dia selamat. Malam pula diadakan ceramah yang disampaikan oleh pengarah konsultan yang menganjurkan program ini. Disebabkan pada sebelah petang mereka merentas hutan, mereka hanya mendengar tanpa memberi tumpuan. Mungkin terlalu penat. Ada juga yang telah selamat melelapkan mata dan sebagainya. Jadi kami melepaskan mereka lebih awal dari jangkaan. Kami menyuruh mereka tidur terus tapi ada juga yang sibuk bermain sesama mereka. Aku marah mereka dan suruh mereka tidur sebelum aku yang tidurkan mereka. Sedang aku berbual bersama rakan-rakan fasilitator, datang seorang budak perempuan mengadu kepada kami bahawa bilik mereka ada ulat. Kami pelik dan pergi tengok ulat apa yang berada di bilik mereka. Rupa-rupanya lebah. Macam-macam kerenah mereka ni. Esoknya kami melakukan program “tolong kami bantu kami”. Programini memerlukan mereka menutup mata dan mengikut arahan kami. Di sinilah kami boleh mendera mereka walaupun agak terbatas. Maklumlah mereka ini anak orang yang berada. Takut bila denda nanti ada yang repot dekat ibubapa mereka, cikgu juga yang kena. Sekarang zaman dah maju. Pantang di pukul sedikit dah jadi isu besar. Tapi bila cikgu juga turut serta menyertai kami untuk mengenakan mereka, kami naik tocang. Ada jugacikgu yang sempat memberitahu aku bahawa budak-budak ni terlalu degil dan susah nak dengar cakap. Inilah masa yang sesuai untuk mereka nak mengajar budak-budak ni. Tambah lagi bila mata mereka ditutup dengan kain hitam, lagi memudahkan kerja. Untuk check point yang terakhir kami serahkan kepada cikgu untuk buat apa. Ada kumpulan yang kena meniarap di atas rumput, ada yang lompat katak, ada yang jalan itik dan sebagainya. Setelah selesai semua kumpulan kami kami menerangkan objektif permainan berikut biar mereka faham situasi apabila nikmat yang diberi kepada manusia ditarik oleh Penciptanya. Untuk sesi yang terakhir adalah penyampaian hadiah kepada para pemenang. Yang menariknya adalah kami telah menediaka hadiah kepada peserta yang paling kecoh dan bermasalah. Budak yang menang bernama H. Sesudah selesai segala program H bertemu dengan aku. Aku tertanya kenapa dia jumpa aku. Rupanya ingin meluahkan perasaan bahawa dia malu digelar peserta paling kecoh. Aku memberi nasihat kepadanya jika tak nak digelar sebegitu ubahlah sikap agar tidak ada lagi gelaran yang tidak diingini disebut. Dia juga berjanji denganku tidak akan degil lagi. Jika dia masih degil aku minta seseorang akan cubitnya sampai lebam. Dia bersetuju dengan sarananku dan menyuruh ibunya cubit. Aku terharu kerana dia sanggup mendengar apa yang aku katakan kepadanya. Apa yang aku harapkan hanyalah H berubah dan menjadi budak yang baik untuk masa depannya. Semoga aku berpeluang berjumpa dengannya lagi selepas ini. Walaupun aku penat melayan kerenah budak sekolah rendah itu tapi aku tetap terhibur dengan telatah mereka yang ada masanya menyakitkan hatiku.
asslmkm…
hye,not bad r citer 2,but kureng puas ati r ngn jln cternya,best ke kndali bdk2?mcm fasi mksd u 2 aper…abes u sbnrnya apa dlm prgrm 2??? kwlau pe pn gud story.moga h brbh…aminnnnnnnnnnnnn
wslm…
mgkin da lm xmanulis so xda idea sgt nk citerr…sori yer..hrp terhibur n aper yg ader..huhuhu
fasi 2 fasilitator…
besala bdk2 kn nkl…so bykla kereanhnyer